MAA Takafulink – Produk Terbaik Anugerah KLIFF 2011

................................................... MAA Takaful sekali lagi merangkul anugerah produk terbaik menerusi produk MAA Takafulink sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2012. Kemenangan ini adalah untuk kali keempat berturut-turut selepas anugerah yang sama dirangkul pada tahun 2009, 2010 dan 2011. Anugerah ini jelas membuktikan produk MAA Takaful adalah produk takaful terbaik di pasaran. Tahniah MAA Takaful

SYARAT BERUMAHTANGGA


Kalau perempuan tak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar…

Tapi kalau lelaki tak boleh jadi imam, kita kata ok saja.
Jangan diperbesarkan, nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak, siapa yang nak kahwin dengan awak!”

Begitulah kata rakan sejawat lelaki kepada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu, yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga, sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran sahaja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

“Sedang belajarlah ni.. Tetapi selain sibuk dengan kerjaya, saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-gelengkan kepalanya. Baginya, tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam! (walau ada yang kata, jika itu syaratnya, bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup)

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan “hendak memikat suami, perlu pikat seleranya” sering digunapakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namunkedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasakan lebih perlu.

Kalau perempuan tidak tahu memasak, disuruh belajar, dan sesudah belajar, perlu pula jadi handal. Ukuran handal bukanlah setakat masak untuk keluarga sendiri, tapi kalau boleh, perlu juga boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Tapi bolehkah kita meletakkan undang-undang begitu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?”Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan solat jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid ataupun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri solat sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, mulalah belajar dari sekarang =)


Jika wanita yang tidak tahu memasak disuruh belajar, jadi apa masalahnya jika lelaki yang tidak boleh menjadi imam dipaksa belajar juga asas-asas penting dalam agama, kerana perkara tersebut adalah jauh lebih utama jika dibandingkan dengan keperluan kepandaian memasak. Apapun, masing-masing seharusnya memikul tanggungjawab dengan sebaiknya. Pilihlah calon pasangan hidup, orang yang beragama, sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW
.

Smartmedic 200 (Kad Kesihatan)


Smart Medic 200 adalah medical kad yang istimewa dan terbaik. telah dilancarkan pada 15 May 2013

Antara ciri-ciri yang tarbaik :
1. Tiada had penggunaan seumur hidup sehingga 80 tahun.
2. Rawatan dialisis dan rawatan kenser pesakit luar juga tiada had penggunaa seumur hidup.
3. Belanja pengkebumian RM 5000.
4. Stand Alone (kelebihan)- Kad masih aktif walaupun sudah claim hilang upaya kekal dan banyak lagi. klik disini untuk maklumat lanjut



PEMBENTUKAN DAN PENGAGIHAN HARTA PUSAKA.

Golongan yang terlibat
1. Sesiapa yang rasa tiada harta ( Emas, Kereta, Motor, Rumah).
2. Individu yang ingin menambah harta cair. (Harta sedia ada beku).
3. Mahu merancang dan mengagihkan harta sedia ada.
Semua orang ada harta.
Apakah yang dikatakan anda berharta:-
1.Rumah.
2.Kereta
3.ASB.
4.Simpanan dalam Tabung Haji.
5.Simpanan dalam akaun bank-bank.
6.EPF - KWSP
7.Barang kemas.
8.Tanah ( Kalau rasa tiada tanah, tanya ibubapa anda dikampung, kalau mereka ada tanah-bermakna tanah itu akan jadi milik anda nanti ( bila mereka mati).
9.Takaful / Insuran
10. dan lain-lain lagi

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi Kami; sila klik disini

KAMI MEMBANTU ANDA MERANCANG SESUATU YANG TIDAK DIRANCANG.
PELUANG KERJAYA PART TIME / FULL TIME MASA KERJA YANG FLEKSIBLE Maklumat lanjut sila klik ; disini...

KENAPA KITA PERLU ADA POLISI TAKAFUL

4 MUSUH UTAMA PENCARI NAFKAH. 1. Kemalangan Malang tidak berbau dan tanpa kita jangka. Ia paling hampir dengan kita. Boleh berlaku dirumah, jalanraya, dikebun hatta dipadang bola sekalipun. 2. Penyakit kritikal Boleh berlaku bila bila masa... Sakit jantung, kanser, buah pinggang dsb.. Banyak belanja terpaksa dikeluarkan bila ia menyerang. Kita boleh bersara tanpa dirancang kerananya. 3.Hilang Upaya Kekal/Lumpuh Kita masih hidup dan bernafas. Tapi tak mampu berbuat apa apa. Orang lain yang menguruskan segalanya untuk kita. 4. Mati Awal Hanya Allah yang maha mengetahui bila masanya.. Jika tidak bersedia, keluarga kita hilang tempat bergantung disertai dengan hutang yang ditinggalkan.Semua musuh kita diatas akan mengakibatkan kita TAK BERUPAYA mencari nafkah lagi.. Sebagai seorang yang bijak, kita akan bersedia dari sekarang.Dapatkan perlindungan TAKAFUL sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.
Bak kata pepatah 'SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...