MAA Takafulink – Produk Terbaik Anugerah KLIFF 2011

................................................... MAA Takaful sekali lagi merangkul anugerah produk terbaik menerusi produk MAA Takafulink sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2012. Kemenangan ini adalah untuk kali keempat berturut-turut selepas anugerah yang sama dirangkul pada tahun 2009, 2010 dan 2011. Anugerah ini jelas membuktikan produk MAA Takaful adalah produk takaful terbaik di pasaran. Tahniah MAA Takaful

Baiki Cara Sembahyang kita ... khas buat perempuan


Baru saja lepas mendengar ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah

Din, sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak

dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti

kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru

kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah

kualitinya. Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah

lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau

boleh di kategorikan begitu.

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita

mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri " sebelum menghadap Yg Esa;

Dua perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat:

Minit Pertama -

Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita,

betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap

yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal lah.

Minit Kedua -

Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat

kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai

Tuhan yg begitu menyayangi hamba2Nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu

menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus.

Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul,

penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sebagai wanita dan selayak2nya

adab untuk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tangan sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.

Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam

gemar bergayut2 dicelah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita,

oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit

dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2

menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak2

selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib

dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut.

Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga

dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah.."; dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "...rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yang tertinggi".

Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai,

baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bhgn bawah

sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan

di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan

melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut

and kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar

menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki

ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri ,dan kaki kanan dilentur agar ibu jari

menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tangan.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "...illallahh. ..";

(semasa membaca "laa ilaa ha ILLALLAH"). Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh

mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling

kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan

sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh

ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit

kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, Ustazah sempat mengingatkan

para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati

ciri2 yg tertentu. Antaranya:-

1) Tidak jarang.

Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai

kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita

tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn

menggunakan lapis kain ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan

pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir,

ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja

(tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di

badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara

ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang.

Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah

tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (Ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika

tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.

Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka

yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,

rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.

Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang

agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat

kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa

agak berat.

Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini

memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam

utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun

kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya

mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun

dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,

inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

Jangan pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah

sekarang, jgn susah di alam baqa'.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.

Wassalam.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanKu

biarpun satu ayat.

Smartmedic 200 (Kad Kesihatan)


Smart Medic 200 adalah medical kad yang istimewa dan terbaik. telah dilancarkan pada 15 May 2013

Antara ciri-ciri yang tarbaik :
1. Tiada had penggunaan seumur hidup sehingga 80 tahun.
2. Rawatan dialisis dan rawatan kenser pesakit luar juga tiada had penggunaa seumur hidup.
3. Belanja pengkebumian RM 5000.
4. Stand Alone (kelebihan)- Kad masih aktif walaupun sudah claim hilang upaya kekal dan banyak lagi. klik disini untuk maklumat lanjut



PEMBENTUKAN DAN PENGAGIHAN HARTA PUSAKA.

Golongan yang terlibat
1. Sesiapa yang rasa tiada harta ( Emas, Kereta, Motor, Rumah).
2. Individu yang ingin menambah harta cair. (Harta sedia ada beku).
3. Mahu merancang dan mengagihkan harta sedia ada.
Semua orang ada harta.
Apakah yang dikatakan anda berharta:-
1.Rumah.
2.Kereta
3.ASB.
4.Simpanan dalam Tabung Haji.
5.Simpanan dalam akaun bank-bank.
6.EPF - KWSP
7.Barang kemas.
8.Tanah ( Kalau rasa tiada tanah, tanya ibubapa anda dikampung, kalau mereka ada tanah-bermakna tanah itu akan jadi milik anda nanti ( bila mereka mati).
9.Takaful / Insuran
10. dan lain-lain lagi

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi Kami; sila klik disini

KAMI MEMBANTU ANDA MERANCANG SESUATU YANG TIDAK DIRANCANG.
PELUANG KERJAYA PART TIME / FULL TIME MASA KERJA YANG FLEKSIBLE Maklumat lanjut sila klik ; disini...

KENAPA KITA PERLU ADA POLISI TAKAFUL

4 MUSUH UTAMA PENCARI NAFKAH. 1. Kemalangan Malang tidak berbau dan tanpa kita jangka. Ia paling hampir dengan kita. Boleh berlaku dirumah, jalanraya, dikebun hatta dipadang bola sekalipun. 2. Penyakit kritikal Boleh berlaku bila bila masa... Sakit jantung, kanser, buah pinggang dsb.. Banyak belanja terpaksa dikeluarkan bila ia menyerang. Kita boleh bersara tanpa dirancang kerananya. 3.Hilang Upaya Kekal/Lumpuh Kita masih hidup dan bernafas. Tapi tak mampu berbuat apa apa. Orang lain yang menguruskan segalanya untuk kita. 4. Mati Awal Hanya Allah yang maha mengetahui bila masanya.. Jika tidak bersedia, keluarga kita hilang tempat bergantung disertai dengan hutang yang ditinggalkan.Semua musuh kita diatas akan mengakibatkan kita TAK BERUPAYA mencari nafkah lagi.. Sebagai seorang yang bijak, kita akan bersedia dari sekarang.Dapatkan perlindungan TAKAFUL sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.
Bak kata pepatah 'SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...