MAA Takafulink – Produk Terbaik Anugerah KLIFF 2011

................................................... MAA Takaful sekali lagi merangkul anugerah produk terbaik menerusi produk MAA Takafulink sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2012. Kemenangan ini adalah untuk kali keempat berturut-turut selepas anugerah yang sama dirangkul pada tahun 2009, 2010 dan 2011. Anugerah ini jelas membuktikan produk MAA Takaful adalah produk takaful terbaik di pasaran. Tahniah MAA Takaful

PERSOALAN

Sila hubungi:-

PERUNDING PRIMA GLOBAL

A - G - 2 Blok A,
Pusat Perniagaan Prima Klang,
Jalan Kota /KS1
41000 Klang, Selangor.

MUS - 019 3356509

primaglobal2u@gmail.com

HUBUNGI KAMI UNTUK PRODUK TERBAIK

Contact Form
Name *

Email *

Subject *

Message *

Powered byEMF Forms Online
Report Abuse


Sila hubungi:-

PERUNDING PRIMA GLOBAL

Lot 5 & 7 Jalan Tiara 3, 
Bandar Baru Klang,
41150 Klang, Selangor.

MUS - 019 3356509

primaglobal2u@gmail.com

Ingat mati hindar daripada penyakit bangga diri


BANGGA diri atau kagum terhadap diri sendiri adalah penyakit hati yang membuat seseorang berasa selesa dan berlapang dada dengan pujian orang lain. Orang seperti itu menganggap dirinya paling baik dan sentiasa melebihi orang lain.

Sikap bangga mendedahkan pelakunya kepada akibat buruk di sisi agama. Pengamalnya akan membudayakan takbur iaitu sifat yang jelek di sisi Allah.

Firman Allah bermaksud: “Jangan kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang terlalu membanggakan diri.” (Surah Al-Qashash, ayat 76)

Takbur adalah sikap individu yang berasa dirinya lebih tinggi tarafnya dan tidak mahu menghormati orang lain. Penyakit ini juga dikenali sebagai sifat ujub iaitu mengagumi diri sendiri.

Ibnul Mubarak pernah berkata: “Perasaan ujub adalah ketika engkau berasa dirimu memiliki kelebihan tertentu yang tidak dimiliki oleh orang lain.”

Imam Al-Ghazali menyatakan: “Perasaan ujub adalah kecintaan seseorang kepada suatu kurnia dan berasa memilikinya sendiri, tanpa mengembalikan keutamaannya kepada Allah.”

Suka dipuji dan memuji diri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya, yang layak dan berhak dipuji hanya Allah. Firman Allah bermaksud: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.” (Surah Al-Fatihah, ayat 2)

Setiap orang mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki orang lain, tetapi milik siapakah semua kelebihan itu. Allah berfirman bermaksud: “Bagi Allah semua kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antaranya.” (Surah Al-Maidah, ayat 120)

Sebenarnya bangga dan kagum diri sendiri adalah sifat Iblis yang memandang rendah Nabi Adam kerana dijadikan daripada tanah sedangkan dirinya daripada api. Firman Allah bermaksud: “Iblis berkata, aku lebih baik daripadanya (Adam), Engkau jadikan aku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan daripada tanah.” (Surah Saad, ayat 38)

Orang yang terkena penyakit kagum diri dapat dilihat daripada beberapa tanda iaitu selalu memuji dan mengagungkan diri. Pada masa sama, ia melupakan firman Allah bermaksud: “Maka jangan kamu mengatakan dirimu suci. Dialah (Allah) paling mengetahui orang yang bertakwa.” (Surah an-Najm, ayat 32)

Faktor penyebab sikap kagum diri berpunca pujian yang diberikan secara berlebihan dan tanpa mengindahkan tatacara ditetapkan menyebabkan pujian itu mempengaruhi orang dipuji. Orang yang dipuji berasa mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki orang lain.

Tatacara memuji dalam syariat Islam ada tiga iaitu tidak boleh berlebihan, ditujukan untuk hal yang benar dan tidak menimbulkan fitnah iaitu membuat orang yang dipuji menjadi kagum diri sendiri. Apabila tatacara itu dapat dipenuhi, seseorang boleh memuji orang lain. Orang yang kagum berasa nikmat yang diterima kerana kepandaiannya bukan kerana pemberian Allah seperti anggapan Qarun.

Allah menceritakan dalam al-Quran, Qarun berkata: “Sesungguhnnya aku diberi harta itu hanya kerana ilmu yang ada padaku.” (Surah al-Qashash, ayat 78)


Diriwayatkan, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW menambah: “Jika seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Kita juga dilarang memuji dan menyebut kebaikan diri. Firman Allah bermaksud: “Tidakkah engkau perhatikan (dan pelik wahai Muhammad) kepada orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah juga yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.”(Surah an-Nisaa, ayat 49)


Umar al-Khattab mengingatkan umat Islam: “Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Sesiapa yang mendakwa dia orang berilmu, sebenarnya dia jahil. Sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.”
Suatu ketika Rasulullah SAW menemui sahabatnya.

Ketika itu sahabat sedang bersandar pada tongkat. Apabila melihat kedatangan Rasulullah SAW, mereka segera berdiri dengan maksud untuk menghormatinya.
Rasulullah SAW yang melihat hal itu bersabda yang bermaksud: “Janganlah kalian berdiri seperti dilakukan bangsa lain dalam menghormati satu sama lainnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Seorang Muslim yang terkena penyakit kagum diri harus segera bertaubat dan berusaha menyembuhkan dirinya daripada penyakit hati itu. Cara dapat dilakukan supaya tidak terkena penyakit kagum ialah selalu ingat hakikat dan kejadian diri.
Mereka juga harus sedar sekali pun diberi jangka hayat panjang, bukan bererti mereka boleh mendabik dada, angkuh dan membanggakan diri dengan nikmat serta kelebihan kurniaan Allah.

Mereka tetap mati dan harta yang dibawa ialah amal selama hidup di dunia. Penghayatan kesedaran seperti ini mendorong seseorang menghindarkan diri daripada penyakit kagum. Mereka yang terkena penyakit itu perlu lebih merendah diri serta selalu mengingati mati.

Zikir bendung buruk sangka


Zikir bendung buruk sangka

KITA tidak boleh mengawal hati orang lain. Apa yang hendak mereka kata dan fikir semuanya di luar jangkaan kita. Ilmu dan kehendak mereka yang akan melantunkan tindakan serta perangai.
Jika baik hati mereka, baiklah cakap, layanan dan sangkaan mereka tetapi jika hati mereka kotor, maka tindakan akan menterjemahkan segala hitam yang bersarang di kotak hati itu.
Kadangkala, kita sudah lakukan yang terbaik tetapi mereka kata kita main-main. Kita sudah berubah menjadi baik, mereka kata hendak menunjuk-nunjuk. Kita lakukan dengan ikhlas, mereka kata ada ‘udang di sebalik batu’. Rasanya kita sudah boleh agak apa perasaan jika berada dalam situasi begitu.
Tentu marah bukan? Justeru, kita perlu banyakkan bersabar dan bertenang kerana yang mengukur baik dan buruk bukannya manusia. Yang memberi kehidupan bukannya mereka kerana manusia tidak ada kuasa.
Hanya Allah s.w.t yang paling mengetahui apa yang ada dalam hati kita. Dialah yang ukur kebaikan kita, memberi rezeki dan memberi kehidupan kepada kita. Allah yang Maha Kuasa jugalah yang melarang buruk sangka (suu’ zann).
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Jauhilah kamu daripada buruk sangka kerana buruk sangka ialah seburuk-buruk berita.” Manusia memang suka bersangka-sangka. Apa lagi sangkaan yang buruk. Hati, akal dan mata selalunya tidak seiring. Mata melihat, otak memproses manakala hati mentafsir. Jika hati yang berbaur dosa dan dengki mentafsir kecantikan seseorang, dia akan kata perempuan ini mesti pakai susuk. Jika ada yang berpakaian cantik dikatanya ini mesti hendak menunjuk-nunjuk. Tetapi jika pakai selekeh pula dikatanya ‘memang selekeh betul.’ Jika ada yang pakai barang kemas dikatanya ‘sengajalah tu hendak tunjuk kaya.’ Jika tidak ada apa-apa pada tangan dikata pula sebagai orang miskin. Demikian juga apabila bercakap banyak dikata hendak tunjuk pandai. Apabila diam tidak bercakap pula dikatanya sombong. Memang manusia punya hak untuk bersangka. Jika yang baik punya sangka empunya diri yang untung. Hati tenang, minda damai, jiwa harmonis, disenangi dan mudah dapat kawan. Jika sangkaan buruk, jiwa sendiri yang sengsara. Hati sakit saja. Banyak fikir mengenai orang, darah pun naik. Pendek kata, semua tidak kena. Sebab semua hal orang dia hendak fikir dan tafsir, sedangkan diri sendiri tidak difikirkan. Tabiat sangka buruk terkena kepada semua golongan. Yang tua dengan cara dan kepakarannya manakala yang muda dengan kehangatannya. Jika kita hendak layan semua sangka buruk orang dan semua hati kita hendak jaga, alamatnya makan hatilah kita. Lihat sejarah Luqman al-Hakim dengan anaknya menaiki seekor keldai. Dalam perjalanan orang kata: “Ada ke patut dua beranak naik keldai, kesian keldai tu.” Selepas itu. Luqman duduk di atas keldai dan anaknya tarik dari bawah. Orang kata juga: “Ada ke patut bapa biarkan anaknya menarik dari bawah.” Tukar posisi pula, anak naik keldai manakala Luqman pula yang tarik dari bawah. Orang kata juga, anak apa itu buat ayah dia macam hamba. Justeru, cara terbaik ialah merawat penyakit buruk sangka ini. Di sini disarankan beberapa cadangan antaranya:
Berbaik sangka dengan semua orang. Tafsirkan segala yang kita lihat dengan positif. Tanamkan rasa takut pada kemurkaan dan ancaman azab Allah dengan buruk sangka. Sucikan hati dengan memperbanyakkan zikir. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Melakukan muhasabah diri.

Mengubah Derita Menjadi Bahagia


Mengubah Derita Menjadi Bahagia By: M. Agus Syafii Cobaan yang terberat dalam hidup adalah musibah yang datangnya bertubi-tubi. Tekanan hidup yang begitu teramat berat ada yang malah menjauh dari Allah, membuat hidupnya semakin menderita, jatuh sakit dan terpuruk namun juga banyak malah, mendekatkan diri kepada Allah yang membuat segala musibah dan masalah, mengubah derita menjadi bahagia. Itulah yang dialami seorang bapak ketika yang memiliki usahanya yang bergerak rental mobil sedang mengalami seret bahkan nyaris tidak ada pemasukan, padahal cicilan modal usahanya harus dibayar setiap bulan, malah dikejutkan salah satu mobilnya hilang. 'Astaghfirullah' ucapnya lirih. Rasanya bagaimana bagai dihempas gelombang yang menghantam, membuatnya antara percaya dan tidak percaya sampai tertegun. Ditengah kebingungannya, tiba-tiba dokter bilang istrinnya harus melahirkan melalui operasi caesar karena tubuh istrinya yang mungil panggulnya dianggap tidak cukup memadai untuk melahirkan secara normal. Kepahitan hidup yang bertubi-tubi yang dihadapinya mencoba instropeksi diri, beliau menyadari sejak lama sudah lama meninggalkan kewajibannya, shodaqohpun tidak pernah dilakukan, menjalankan sholat lima waktu aja hampir tidak pernah dikerjakan, 'hidup kita aja sudah susah, banyak hutang. buat apa shodaqoh?' begitulah katanya setiap kali bila diingatkan istrinya untuk bershodaqoh akibatnya dengan kejadian pahit ini membuat hidupnya menjadi terasa hampa. Melihat kepanikan dirinya, sang istri menenangkan hatinya agar lebih mendekatkan diri kepada Allah. 'Mungkin juga karena bapak tidak pernah shodaqoh maka Allah menimpakan musibah bertubi-tubi pada keluarga kita.' Ucapan sang istri membuatnya tersentak, 'Iya, musibah ini semua karena aku jauh dari Allah, kufur nikmat, tidak pernah shodaqoh.' tuturnya, air matanya mengalir tanpa terasa, banyak hal anugerah Allah yang dilimpahkan pada dirinya tidak pernah disyukurinya. Tersadar akan hal itulah yang membuat beliau datang ke Rumah Amalia untuk bershodaqoh agar Allah berkenan mengampuni dosa-dosanya dan menjauhkan keluarganya dari segala musibah dan bencana. Alhamdulillah, ketika persalinan tiba waktunya, istri melahirkan dengan normal tanpa harus operasi caesar, setelah terasa mulas beberapa menit kemudian bayinya lahir dengan selamat, sehat dan normal. Sejak itulah kehidupan rumah tangga lebih mendekatkan diri kepada Allah, banyak keberkahan yang dialaminya. Kemudahan dalam menjalankan usaha rental mobilnya dan keuntungan dari hasil disisihkan untuk shodaqoh. Bahkan tidak segan-segan mobil rentalnya digunakan untuk mengantar tetangga yang sedang sakit tanpa dipungut biaya sepeserpun. Kehidupan keluarga dirasakan lebih indah. Keberkahan demi keberkahan kerap dirasakan. Selain membuat usaha rental mobil bertambah maju, menyelamatkan istri dari operasi caesar, menyehatkan hati, juga tidak kalah penting adalah kebahagiaan bagi keluarganya. "Musibah yang menimpa seseorang pada keluarga, harta, jiwa, anak dan tetangganya bisa dihilangkan dengan puasa, sholat, sedekah dan amar ma'ruf nahi mungkar." (HR. Bukhari & Muslim). Wassalam, M. Agus Syafii

Smartmedic 200 (Kad Kesihatan)


Smart Medic 200 adalah medical kad yang istimewa dan terbaik. telah dilancarkan pada 15 May 2013

Antara ciri-ciri yang tarbaik :
1. Tiada had penggunaan seumur hidup sehingga 80 tahun.
2. Rawatan dialisis dan rawatan kenser pesakit luar juga tiada had penggunaa seumur hidup.
3. Belanja pengkebumian RM 5000.
4. Stand Alone (kelebihan)- Kad masih aktif walaupun sudah claim hilang upaya kekal dan banyak lagi. klik disini untuk maklumat lanjut



PEMBENTUKAN DAN PENGAGIHAN HARTA PUSAKA.

Golongan yang terlibat
1. Sesiapa yang rasa tiada harta ( Emas, Kereta, Motor, Rumah).
2. Individu yang ingin menambah harta cair. (Harta sedia ada beku).
3. Mahu merancang dan mengagihkan harta sedia ada.
Semua orang ada harta.
Apakah yang dikatakan anda berharta:-
1.Rumah.
2.Kereta
3.ASB.
4.Simpanan dalam Tabung Haji.
5.Simpanan dalam akaun bank-bank.
6.EPF - KWSP
7.Barang kemas.
8.Tanah ( Kalau rasa tiada tanah, tanya ibubapa anda dikampung, kalau mereka ada tanah-bermakna tanah itu akan jadi milik anda nanti ( bila mereka mati).
9.Takaful / Insuran
10. dan lain-lain lagi

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi Kami; sila klik disini

KAMI MEMBANTU ANDA MERANCANG SESUATU YANG TIDAK DIRANCANG.
PELUANG KERJAYA PART TIME / FULL TIME MASA KERJA YANG FLEKSIBLE Maklumat lanjut sila klik ; disini...

KENAPA KITA PERLU ADA POLISI TAKAFUL

4 MUSUH UTAMA PENCARI NAFKAH. 1. Kemalangan Malang tidak berbau dan tanpa kita jangka. Ia paling hampir dengan kita. Boleh berlaku dirumah, jalanraya, dikebun hatta dipadang bola sekalipun. 2. Penyakit kritikal Boleh berlaku bila bila masa... Sakit jantung, kanser, buah pinggang dsb.. Banyak belanja terpaksa dikeluarkan bila ia menyerang. Kita boleh bersara tanpa dirancang kerananya. 3.Hilang Upaya Kekal/Lumpuh Kita masih hidup dan bernafas. Tapi tak mampu berbuat apa apa. Orang lain yang menguruskan segalanya untuk kita. 4. Mati Awal Hanya Allah yang maha mengetahui bila masanya.. Jika tidak bersedia, keluarga kita hilang tempat bergantung disertai dengan hutang yang ditinggalkan.Semua musuh kita diatas akan mengakibatkan kita TAK BERUPAYA mencari nafkah lagi.. Sebagai seorang yang bijak, kita akan bersedia dari sekarang.Dapatkan perlindungan TAKAFUL sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.
Bak kata pepatah 'SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...