Zikir bendung buruk sangkaKITA tidak boleh mengawal hati orang lain. Apa yang hendak mereka kata dan fikir semuanya di luar jangkaan kita. Ilmu dan kehendak mereka yang akan melantunkan tindakan serta perangai. Jika baik hati mereka, baiklah cakap, layanan dan sangkaan mereka tetapi jika hati mereka kotor, maka tindakan akan menterjemahkan segala hitam yang bersarang di kotak hati itu. Kadangkala, kita sudah lakukan yang terbaik tetapi mereka kata kita main-main. Kita sudah berubah menjadi baik, mereka kata hendak menunjuk-nunjuk. Kita lakukan dengan ikhlas, mereka kata ada ‘udang di sebalik batu’. Rasanya kita sudah boleh agak apa perasaan jika berada dalam situasi begitu. Tentu marah bukan? Justeru, kita perlu banyakkan bersabar dan bertenang kerana yang mengukur baik dan buruk bukannya manusia. Yang memberi kehidupan bukannya mereka kerana manusia tidak ada kuasa. Hanya Allah s.w.t yang paling mengetahui apa yang ada dalam hati kita. Dialah yang ukur kebaikan kita, memberi rezeki dan memberi kehidupan kepada kita. Allah yang Maha Kuasa jugalah yang melarang buruk sangka (suu’ zann). Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jauhilah kamu daripada buruk sangka kerana buruk sangka ialah seburuk-buruk berita.” Manusia memang suka bersangka-sangka. Apa lagi sangkaan yang buruk. Hati, akal dan mata selalunya tidak seiring. Mata melihat, otak memproses manakala hati mentafsir. Jika hati yang berbaur dosa dan dengki mentafsir kecantikan seseorang, dia akan kata perempuan ini mesti pakai susuk. Jika ada yang berpakaian cantik dikatanya ini mesti hendak menunjuk-nunjuk. Tetapi jika pakai selekeh pula dikatanya ‘memang selekeh betul.’ Jika ada yang pakai barang kemas dikatanya ‘sengajalah tu hendak tunjuk kaya.’ Jika tidak ada apa-apa pada tangan dikata pula sebagai orang miskin. Demikian juga apabila bercakap banyak dikata hendak tunjuk pandai. Apabila diam tidak bercakap pula dikatanya sombong. Memang manusia punya hak untuk bersangka. Jika yang baik punya sangka empunya diri yang untung. Hati tenang, minda damai, jiwa harmonis, disenangi dan mudah dapat kawan. Jika sangkaan buruk, jiwa sendiri yang sengsara. Hati sakit saja. Banyak fikir mengenai orang, darah pun naik. Pendek kata, semua tidak kena. Sebab semua hal orang dia hendak fikir dan tafsir, sedangkan diri sendiri tidak difikirkan. Tabiat sangka buruk terkena kepada semua golongan. Yang tua dengan cara dan kepakarannya manakala yang muda dengan kehangatannya. Jika kita hendak layan semua sangka buruk orang dan semua hati kita hendak jaga, alamatnya makan hatilah kita. Lihat sejarah Luqman al-Hakim dengan anaknya menaiki seekor keldai. Dalam perjalanan orang kata: “Ada ke patut dua beranak naik keldai, kesian keldai tu.” Selepas itu. Luqman duduk di atas keldai dan anaknya tarik dari bawah. Orang kata juga: “Ada ke patut bapa biarkan anaknya menarik dari bawah.” Tukar posisi pula, anak naik keldai manakala Luqman pula yang tarik dari bawah. Orang kata juga, anak apa itu buat ayah dia macam hamba. Justeru, cara terbaik ialah merawat penyakit buruk sangka ini. Di sini disarankan beberapa cadangan antaranya: Berbaik sangka dengan semua orang. Tafsirkan segala yang kita lihat dengan positif. Tanamkan rasa takut pada kemurkaan dan ancaman azab Allah dengan buruk sangka. Sucikan hati dengan memperbanyakkan zikir. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Melakukan muhasabah diri. |
HOME | MEDICAL CARD | PAMPASAN / PUSAKA | PELUANG KERJAYA | COMPANY PROFILE | WASI | BERITA | FAQ | HUBUNGI| |
MAA Takafulink – Produk Terbaik Anugerah KLIFF 2011

Zikir bendung buruk sangka
Smartmedic 200 (Kad Kesihatan)
Smart Medic 200 adalah medical kad yang istimewa dan terbaik. telah dilancarkan pada 15 May 2013
Antara ciri-ciri yang tarbaik :
1. Tiada had penggunaan seumur hidup sehingga 80 tahun.
2. Rawatan dialisis dan rawatan kenser pesakit luar juga tiada had penggunaa seumur hidup.
3. Belanja pengkebumian RM 5000.
4. Stand Alone (kelebihan)- Kad masih aktif walaupun sudah claim hilang upaya kekal dan banyak lagi. klik disini untuk maklumat lanjut
Golongan yang terlibat
1. Sesiapa yang rasa tiada harta ( Emas, Kereta, Motor, Rumah).
2. Individu yang ingin menambah harta cair. (Harta sedia ada beku).
3. Mahu merancang dan mengagihkan harta sedia ada.
Semua orang ada harta.
Apakah yang dikatakan anda berharta:-
1.Rumah.
2.Kereta
3.ASB.
4.Simpanan dalam Tabung Haji.
5.Simpanan dalam akaun bank-bank.
6.EPF - KWSP
7.Barang kemas.
8.Tanah ( Kalau rasa tiada tanah, tanya ibubapa anda dikampung, kalau mereka ada tanah-bermakna tanah itu akan jadi milik anda nanti ( bila mereka mati).
9.Takaful / Insuran
10. dan lain-lain lagi
Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi Kami; sila klik disini
KAMI MEMBANTU ANDA MERANCANG SESUATU YANG TIDAK DIRANCANG.
PELUANG KERJAYA PART TIME / FULL TIME
MASA KERJA YANG FLEKSIBLE
Maklumat lanjut sila klik ; disini...
KENAPA KITA PERLU ADA POLISI TAKAFUL
4 MUSUH UTAMA PENCARI NAFKAH.
1. Kemalangan
Malang tidak berbau dan tanpa kita jangka. Ia paling hampir dengan kita. Boleh berlaku dirumah, jalanraya, dikebun hatta dipadang bola sekalipun.
2. Penyakit kritikal
Boleh berlaku bila bila masa... Sakit jantung, kanser, buah pinggang dsb.. Banyak belanja terpaksa dikeluarkan bila ia menyerang. Kita boleh bersara tanpa dirancang kerananya.
3.Hilang Upaya Kekal/Lumpuh
Kita masih hidup dan bernafas. Tapi tak mampu berbuat apa apa. Orang lain yang menguruskan segalanya untuk kita.
4. Mati Awal
Hanya Allah yang maha mengetahui bila masanya.. Jika tidak bersedia, keluarga kita hilang tempat bergantung disertai dengan hutang yang ditinggalkan.Semua musuh kita diatas akan mengakibatkan kita TAK BERUPAYA mencari nafkah lagi..
Sebagai seorang yang bijak, kita akan bersedia dari sekarang.Dapatkan perlindungan TAKAFUL sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.
Bak kata pepatah 'SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN'