MAA Takafulink – Produk Terbaik Anugerah KLIFF 2011

................................................... MAA Takaful sekali lagi merangkul anugerah produk terbaik menerusi produk MAA Takafulink sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2012. Kemenangan ini adalah untuk kali keempat berturut-turut selepas anugerah yang sama dirangkul pada tahun 2009, 2010 dan 2011. Anugerah ini jelas membuktikan produk MAA Takaful adalah produk takaful terbaik di pasaran. Tahniah MAA Takaful

Takaful Link


MAA Takafulink merupakan produk takaful berasaskan pelaburan yang menawarkan manfaat asas kematian dan hilang upaya kekal dan manfaat-manfaat tambahan lain disamping peserta berpeluang membuat pelaburan kewangan menerusi pelan ini di dalam dana-dana syariah MAA Takaful. MAA Takafulink telah pun dua tahun berturut-turut memenangi anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang 2009 dan 2010 sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur tahun 2009 dan 2010. Kemenangan adalah berdasarkan keunikan produk dan nilai pulangan keuntungan dari dana-dana syariah yang digunakan.


Akaun Peserta
Setiap peserta yang menyertai pelan MAA Takafulink akan mempunyai dua jenis akaun:
  • Akaun Pelaburan Peserta (PIA) – Akaun ini juga dikenali sebagai akaun simpanan peserta di mana caruman yang dibayar oleh peserta akan dimasukkan ke dalam akaun ini selepas ditolak Yuran Wakalah. Yuran Wakalah dikenakan oleh pengendali takaful sebagai fee atau upah ejen peserta dalam menguruskan perniagaan takaful.
  • Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) – PRIA adalah dana risiko terkumpul di mana peserta membuat caruman berdasarkan tabarru’ (sumbangan) di mana manfaat kematian dan lain-lain manfaat yang dimiliki adalah berbayar dari dana akaun PRIA ini. Caj risiko bulanan atau tabarru’ ini dikenakan melalui PIA kepada PRIA
MAA Takafulink menawarkan 4 dana pilihan untuk pilihan peserta iaitu :-
  • GROWTH FUND (GF)
  • BALANCED FUND (BF)
  • INCOME FUND (IF)
  • FLEXI FUND (FF) - terbaru !
Kesemua dana di atas diuruskan oleh CIMB-Principal Islamic Asset Management.

Peruntukan Caruman Takafulink
Caruman yang dibayar adalah diperuntukkan berdasarkan kadar peruntukan berikut (contoh diberi adalah berdasarkan caruman tahunan sebanyak RM1,000).


Caruman yang diperuntukkan akan digunakan untuk pembelian unit Dana Berkaitan Pelaburan MAA Shariah pilihan anda. Dalam contoh di atas, pada tahun ke-5, sebanyaj RM850 digunakan untuk pembelian unit, yang mana beberapa unit tersebut akan dibatalkan untuk membiayai yuran dan caj bagi sijil tersebut. Sebahagian daripada caruman yang tidak diperuntukkan akan digunakan untuk membayar komisen agen.


Siapakah Yang Layak
Takafulink disediakan untuk SEMUA yang berusia antara 30 hari dan 69 tahun; walaubagaimanapun, para peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 18tahun.

Caruman
Caruman minima adalah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Tiada nilai maksima bagi sumbangan. Lagi tinggi sumbangan anda lagi tinggi nilai perlindungan yang akan anda perolehi.

Riders
MAA Takafulink (MTL) menawarkan 14 riders yang melengkapi keperluan dan kehendak semua pelanggan MAA. Antara riders yang di tawarkan adalah :-

1. Special Contributor Benefits (xxMTCB)
2. Critical Illness Super (MTCIS)
3. Critical Illness Plus (MTCIP)
4. Juvenil Critical Illness (MTJCI) **
5. Improved Accident Indemnity (MTIAI/MTIAIRC)
6. Khusus Protection (MTKP)
7. Ziarah Protection (MTZP)
8. Waiver of Contribution on Dread Disease (MTWCDD)
9. Wanita Illnesses Protection (MTXWI) +++
10. Wanita Maternity Protection (MTXMP) +++
11. Wanity Golden Protection (MTGW) +++
12. Hospital &Surgical Benefit (MTHSR)
13. Hospital Benefit (MTHBR)
14. Smartmedic Riders (SMR10x)

+++ Riders untuk wanita sahaja. Untuk maklumat lengkap riders wanita, sila klik di sini.
** Riders untuk kanak-kanak sahaja.

klik sini untuk mendapatkan broucher MAA Takafulink

klik sini untuk download quotation terkini MAA Takafulink(terkini) - dlm .rar format.

Smartmedic 100 (Kad Kesihatan)


KAD SMART MEDIC 100 INI SUDAH TIADA DALAM PASARAN DAN SUDAH DIGANTI DENGAN KAD SMART MEDIC 200 YANG LEBIH BAIK - >> klik disini untuk dapatkanya.




Smartmedic 100 (SM 100) adalah satu Pelan Kad Kesihatan (medical card) yang di keluarkan oleh MAA Takaful Berhad.

SM100 boleh di ambil oleh pelanggan dalam bentuk 'stand alone' atau di jadikan sebagai riders dalam Produk MAA Takafulink (MTL) atau MAA Takaful Education (MTEDU)


Antara kelebihan SM 100 :-



1) Boleh di ambil secara Pelan Asas 'Stand Alone' atau di jadikan riders. Bergantung kepada budget dan perancangan kewangan pelanggan.

2) Jumlah sumbangan tahunan yang murah. Serendah RM387* setahun.

3) Menawarkan 4 pelan perlindungan - dari Pelan 1 sehingga Pelan 4

4) Mempunyai khairat kematian (atas apa sebab) RM5,000 (untuk Pelan Asas SM100 sahaja)

5) Mood bayaran yang mudah dan fleksible - samada bulanan, suku tahunan, setengah tahun & tahunan

6) Panel hospital yang terbaik & terpilih seluruh Malaysia. Senarai panel hospital SM100, klik sini

7) Umur kemasukkan dari 0 (30 hari - minima) sehingga maksima 59 tahun dengan pembaharuan terjamin sehingga umur 80.

8) Perkongsian lebihan pada akhir tahun (jika ada) antara peserta dengan MAA Takaful mengikut nisbah 50 : 50.

9) Tiada Co-Takaful (10%). SM 100 memberikanperlindungan anda sehingga 100%. Tiada lagi co-takaful yang boleh membebankan anda lagi !

* untuk Pelan 1 bagi umur 6 - 15 tahun

Sijil SM100 boleh di tamatkan jika :-

1) Caruman tidak di bayar lebih dari 31 hari
2) Pemegang sijil mencapai umur 80 tahun
3) Selepas pembayaran untuk Khairat Kematian
4) Jumlah faedah yang di bayar kepada orang yang dilindungi telah melebihi had seumur hidup
5) Penamatan tempoh sijil asas (terpakai untuk sijil rider sahaja)

klik sini untuk dapatkan broucher Smartmedic 100

Untuk besarkan imej : klik pada gambar.

Nota : Penerangan di atas adalah mengikut kefahaman saya sahaja. Untuk maklumat lengkap dan betul, sila rujuk pada sijil SM100 yang dikeluarkan.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi Kami

PERUNDING PRIMA GLOBAL


Lot 5 & 7 Jalan Tiara 3, 
Bandar Baru Klang,
41150 Klang, Selangor

MUS - 019 3356509

primaglobal2u@gmail.com

Kisah 3 Sahabat Setia


Ada tiga sahabat, satu kura-kura..satu lagi katak..yang last ulat gongok.
Suatu hari kura-kura mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan arijadi
kecil-kecilan. So.. mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura-kura
Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain... si katak berkata :
'Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan
tak?....Ha ... patut..la rokok dah abis....... '
Kura-kura: 'Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer katwarong
depan tuh!'
Katak: 'apsal aku plak......kau kan tuan rumah'
Kura-kura: 'ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu.... siapa lagicepat '
Katak: 'so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong....
Kura-kura: 'Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap'
Ulat Gonggok: 'aiya.....korang ajela'
Katak: 'ala ..gi saja la kita orang dah undi kau'
Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura-kura
menunggu ......
Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20 minit...satu
jam...dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak timbul-timbul.
Katak: 'Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai. .?'
Kura-kura: 'Iye la .. risau jugak, jom kita cari!'
Katak: 'Jom..!'
Bila jer kura-kura buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu.
Kura-kura: 'Hah tu pon dia..!'
Katak: '...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!'
Ulat Gonggok .: '..apa rokok-rokok. ..aku jalan pon belom..!!'
Katak: 'Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?'
Ulat Gonggok .: 'Yeeeeeeeeelaaaaa. .korang tak nampak ke ni...aku tak abis
lagi PAKAI KASUT..!!!!! '
hahahah...kesian ulat gonggok...

Pesanan Dr. Fadhilah Kamsah


Assalammualaikum. .....

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS


'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim'

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,

kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana
salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi
salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada
salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda
Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan
Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca
Qulhua'llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam
Tadzikaratul
Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya
Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya
itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000

sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat
padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.


Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhankami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.



Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku
walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak
Adam itu, hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Mukjizatnya Azan


Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.


Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jikalagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah " Laila haillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah " Laila haillallah.." semasa sakaratul mautmenghampiri kami.

Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

Renungan : kasih sayang atau kerja


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah... ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm.... nak tanya apa?
Anak: Ayah... berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah...
Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah?
Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya.
Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah
kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar
memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik
anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar

perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni " Si ayah mengeluarkan sekeping
duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10
ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu,
si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak
duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan. ...
."Duit ni Amin
kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah....
sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah.. ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di
pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi.. yang penting
sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan
yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang hidupnya.. yang bakal kerja sok lusa... atau
sesiapa saja yang selalu sibuk...
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita.. yang sentiasa berada
di hati kita..

Bayangkan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati.. pihak syarikat
akan senang2 cari orang lain.. gantikan kita.
Tapi.. keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan
berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka... Fikirlah... selama ni... apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??


Moral:
jangan gila kerja sgt...
berpada pada la....

Alangkah peliknya kita....


Peliknya kita...

Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.


Pelik ya,

30 minit terasa terlalu lama utk berzikir tapi betapa pendeknya waktu utk satu cerita komedi.

Pelik ya,

Betapa lamanya 1 jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya,

Tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat, dah rasa jemu tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Pelik ya,

dengar iklan jualan murah dlm tv, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah, tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.
Pelik ya,

pasar mlm jauh sanggup naik kereta pergi, tapi masjid dekat rmh rasa berat kaki pulak nak melangkah.

Pelik ya,

susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dgn kawan-kawan.

Pelik ya,


Betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Terawih bln Ramadan bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya,

rasa susah sungguh utk habiskan al-Quran walau satu halaman, tp majalah hiburan
dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya,


ramai org berebut paling depan utk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya,

susahnya org mengajak menyebarkan dakwah,tapi mudahnya org menyertai dan menyebar gossip.


Pelik ya,

kita begitu percaya pada yg dikatakan di email yg layang di internet, tapi sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.

Pelik ya,

kita boleh mengirimkan ribuan
jenaka dan surat berantai di email, tapi bila mengirim
yg berkaitan dgn ibadah berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita...?
Tepuk dada .. tanyalah hati

dan iman.

Renungkanlah.......

Apakah maksud Pengurusan Kewangan


Istilah "perancangan kewangan" lazimnya agak "menggerunkan" sesetengah orang, terutama mereka yang berfikir bahawa perancangan kewangan adalah untuk mereka yang berpendapatan tinggi dan kaya sahaja. Tetapi, benarkah begitu? Jika tidak, apa sebenarnya? Secara amnya, perancangan kewangan membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan.

Apa yang Termasuk dalam Perancangan Kewangan?

Pengurusan aliran tunai
- menilai nilai bersih (net worth) kewangan yang ada sekarang (apa yang dimiliki ditolak hutang yang ada). Ini secara amnya akan menunjukkan kepada anda sama ada anda bakal menikmati kebebasan kewangan atau mengalami masalah kewangan.

Di antara perkara yang perlu dirancang ialah belanjawan, melangsaikan hutang dan membuat tabungan.

Perancangan Pelaburan
- setelah anda menentukan jumlah wang yang ingin ditabung, anda patut menimbangkan pula di mana hendak melaburkan wang itu dengan matlamat untuk mendapat pulangan lebih tinggi dibandingkan dengan akaun simpanan yang biasa. Satu strategi pelaburan perlu dibentuk supaya anda mendapat kejayaan besar dalam mencapai matlamat kewangan anda.

Perancangan Takaful
- pastikan supaya semua aset dan keluarga anda dilindungi oleh perlindungan takaful secukupnya. Kematian adalah pasti, bagaimana pula dengan keilatan/lumpuh, penyakit kritikal, kemalangan dan bermacam-macam lagi musibah yang mungkin menimpa kita. Adakah kita bersedia dari segi kewangan untuk menghadapi musibah ini. Bgaimana pula dengan kos rawatan hospital yang tinggi? Adakah kita ingin menggunakan duit simpanan untuk menampung kos perubatan. Perlindungan komprehensif akan membantu anda menghadapi pelbagai risiko dan ia juga dapat digunakan untuk persediaan pelan persaraan dan pendidikan anak.

Perancangan Cukai
- perancagnan cukai membabitkan strategi untuk menikmati yang terbaik daripada pendapatan, saham, harta tanah dan harta lain yang anda miliki. Ingat, anda bukan hendak melarikan diri dari membayar cukai tetapi anda belajar kaedah untuk mengurangkan cukai yang perlu dibayar.

Perancangan Persaraan
- anda tidak akan bekerja sepanjang hayat. Apabila tanda-tanda usia meningkat sudah bermula atau anda telah mencapai usia mesti bersara, anda terpaksalah bersara. Oleh itu, amat mustahak mempunyai pelan kewangan.

Perancangan Pengagihan Harta
- mempunyai perancangan harta atau wasiat dapat memastikan kehendak anda terhadap kedudukan masa hadapan keluarga akan dilaksanakan. Selain itu, perancangan harta atau wasiat dapat menyediakan kedudukan kewangan yang kukuh untuk keluarga anda, memastikan harta anda terpelihara dan diberikan kepada waris-waris anda, serta mengelakkan perselisihan antara ahli keluarga.

Akhir sekali, pelan kewangan yang kukuh sepatutnya bukan sekadar membeli satu pelan insurans atau unit amanah sahaja, tetapi perlu merangkumi keempat-empat kunci utama membina kekayaan iaitu, pengumpulan harta, pengurusan harta, perlindungan harta dan pengagihan harta.

Kenapa Perlu Berwasiat

RM38billion Pusaka Belum Dituntut

RM38billion Pusaka Belum Dituntut

Dalam mencari lebih info tentang kepentingan wasiat, terjumpa laman webhartapusaka.net, milik Ustaz Md Ghazali Ibrahim. Pertama kali terlihat buku beliau yang lain, tetapi berkaitan wasiat/faraid di pejabat francais Wasiyyah Shoppe Kuantan.

Disini saya ambil penerangan dalam laman web Ustaz kenapa perlu kitamenyediakan dokumen wasiat semasa hidup. Perhatikan tanpa dokumen wasiat, proses pentadbiran pusaka akan mengambil masa 3-5 tahun, bahkan 15 dan 50 tahun pun ada! Sanggupkah anda mengalami situasi ini?

Soalan : Kenapa saya perlu menyediakan dokumen wasiat ?

Jawapan : Kerana hakikatnya semua orang akan mati. Selepas kematian kita, semua harta yang tidak mempunyai penama seperti akaun simpanan dan semasa di bank, Amanah Saham Bumiputera, Akaun Lembaga Tabung Haji , tanah, rumah dan sebagainya akan dibekukan sehinggalah proses pentadbiran pusaka selesai.

Soalan : Berapa lamakah proses pentadbiran pusaka ini akan selesai dan bila pula waris-waris saya akan menerima harta saya yang terbeku di atas ?

Jawapan : Secara purata bagi kes si mati yang tidak mempunyai dokumen wasiat, proses pentadbiran pusaka mereka akan mengambil masa di antara 3 hingga 5 tahun. Walau bagaimanapun kami selalu juga terjumpa kes pentadbiran pusaka yang mengambil masa melebihi 15 tahun untuk diselesaikan.

Soalan : Bagi si mati yang mempunyai dokumen wasiat, berapa lama pula tempoh pentadbiran pusaka akan berjalan ?

Jawapan : Secara purata, bagi kes si mati yang mempunyai dokumen wasiat pula, proses pentadbiran pusaka akan mengambil masa di antara 6 hingga 8 bulan sahaja.

Soalan : Di dalam tempoh waktu pentadbiran pusaka yang bertahun-tahun ini berjalan, apakah yang waris saya akan dapat ?

Jawapan : Waris-waris tidak akan mendapat apa-apa bahagian harta tuan kecuali harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran.

Soalan : Jadi, harta yang akan dibekukan hanyalah harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja manakala harta yang mempunyai penamaan seperti di atas akan tetap diperolehi oleh penama saya ?

Jawapan : Ya. Harta yang terbeku memang harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja. Walau bagaimanapun, bagi harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran, tuan perlu ingat bahawapenama yang dinyatakan hanyalah bertindak sebagai Wasi sahaja dan bukan tuan punya mutlak harta tersebut . Selepas mereka menerima harta-harta tersebut mereka perlu mengagihkannya semula kepada semua waris-waris mengikut Hukum Faraid.

Soalan : Jadi apa perlunya saya menyediakan dokumen wasiat ?

Jawapan : Dokumen wasiat akan mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan membolehkan waris-waris tuan mendapat bahagian mereka dengan cepat manakala kalau tanpa dokumen wasiat, waris-waris tuan perlu menunggu sehingga beberapa tahun sebelum mereka mendapat bahagian mereka. Pendek kata, nasib anak-anak dan waris-waris yang lain seperti pasangan kita akan lebih terbela dengan adanya dokumen wasiat.

Soalan : Apakah perbezaan ketara yang menyebabkan proses pusaka dengan dokumen wasiat berjalan lebih cepat dari proses pusaka tanpa dokumen wasiat ?

Jawapan: Perbezaan yang paling ketara ialah kewujudan WASI bagi kes dengan dokumen wasiat. Apabila seseorang meninggal dunia tanpa dokumen wasiat, perkara pertama yang perlu dilakukan di dalam pengurusan harta pusaka ialah semua waris perlu bermuafakat untuk melantik pentadbir harta pusaka. Di sinilah sebenarnya halangan terbesar berlaku. Semua waris-waris perlu muafakat siapa yang akan dilantik sebagai pentadbir dan mereka perlu hadir di dalam mesyuarat tersebut. Jika salah seorang waris tidak bersetuju dengan pentadbir cadangan, proses ini tidak dapat dimulakan. Berlainan dengan kes yang mempunyai dokumen wasiat. Ini kerana WASI telahpun dilantik dan beliau boleh memulakan proses pentadbiran pusaka.

Maklumat terperinci mengenai Faraid sila << klik sini >>

Smartmedic 200 (Kad Kesihatan)


Smart Medic 200 adalah medical kad yang istimewa dan terbaik. telah dilancarkan pada 15 May 2013

Antara ciri-ciri yang tarbaik :
1. Tiada had penggunaan seumur hidup sehingga 80 tahun.
2. Rawatan dialisis dan rawatan kenser pesakit luar juga tiada had penggunaa seumur hidup.
3. Belanja pengkebumian RM 5000.
4. Stand Alone (kelebihan)- Kad masih aktif walaupun sudah claim hilang upaya kekal dan banyak lagi. klik disini untuk maklumat lanjut



PEMBENTUKAN DAN PENGAGIHAN HARTA PUSAKA.

Golongan yang terlibat
1. Sesiapa yang rasa tiada harta ( Emas, Kereta, Motor, Rumah).
2. Individu yang ingin menambah harta cair. (Harta sedia ada beku).
3. Mahu merancang dan mengagihkan harta sedia ada.
Semua orang ada harta.
Apakah yang dikatakan anda berharta:-
1.Rumah.
2.Kereta
3.ASB.
4.Simpanan dalam Tabung Haji.
5.Simpanan dalam akaun bank-bank.
6.EPF - KWSP
7.Barang kemas.
8.Tanah ( Kalau rasa tiada tanah, tanya ibubapa anda dikampung, kalau mereka ada tanah-bermakna tanah itu akan jadi milik anda nanti ( bila mereka mati).
9.Takaful / Insuran
10. dan lain-lain lagi

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi Kami; sila klik disini

KAMI MEMBANTU ANDA MERANCANG SESUATU YANG TIDAK DIRANCANG.
PELUANG KERJAYA PART TIME / FULL TIME MASA KERJA YANG FLEKSIBLE Maklumat lanjut sila klik ; disini...

KENAPA KITA PERLU ADA POLISI TAKAFUL

4 MUSUH UTAMA PENCARI NAFKAH. 1. Kemalangan Malang tidak berbau dan tanpa kita jangka. Ia paling hampir dengan kita. Boleh berlaku dirumah, jalanraya, dikebun hatta dipadang bola sekalipun. 2. Penyakit kritikal Boleh berlaku bila bila masa... Sakit jantung, kanser, buah pinggang dsb.. Banyak belanja terpaksa dikeluarkan bila ia menyerang. Kita boleh bersara tanpa dirancang kerananya. 3.Hilang Upaya Kekal/Lumpuh Kita masih hidup dan bernafas. Tapi tak mampu berbuat apa apa. Orang lain yang menguruskan segalanya untuk kita. 4. Mati Awal Hanya Allah yang maha mengetahui bila masanya.. Jika tidak bersedia, keluarga kita hilang tempat bergantung disertai dengan hutang yang ditinggalkan.Semua musuh kita diatas akan mengakibatkan kita TAK BERUPAYA mencari nafkah lagi.. Sebagai seorang yang bijak, kita akan bersedia dari sekarang.Dapatkan perlindungan TAKAFUL sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.
Bak kata pepatah 'SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...